Pesanan As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin kepada Pemuda dan Pemudi....
Assalamualaikum... Ana harap sahabat-sahabat semua sihat dan sentiasa
berada di bawah naungan-Nya sehingga Akhirat... InsyaAllah,, kali ni
kita akan menerima pesanan ataupun amanah daripada As-Syahid Syeikh
Ahmad Yassin....
"Wahai anak-anakku, telah tiba masanya kalian
kembali kepada Allah dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan
kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kamu...
Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara
berjemaah... Sudah sampai untuk kalian menghiasi diri
dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan Al-Quran serta menconyohi kehidupan Rasulullah S.A.W...
Aku menyeru kamu wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya...
Lebih baik dari itu,, aku mengajak kalian wahai anak-anakku untuk
mendekatkan diri kepada sunnah Rasulullah S.A.W yang agung...
Wahai para PEMUDA,, aku ingin kamu menyedari dan menghayati makna
tanggungjawab... Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan
meninggalkan keluh-kesah... Aku menyeru kamu untuk menghadap Allah dan
memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada
kamu... Aku menyeru kamu supaya menghormati orang yang lebih tua dan
menyayangi orang lebih muda...
Aku ingin kamu tidak tertidur
oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan,, melupakan kata-kata yang
menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan
kata amal,, kerja dan zikir kepada Allah... Wahai anak-anakku,, aku amat
berharap kamu tidak suibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam
arus syahwat...
Wahai PUTERIKU,, aku ingin kamu berjanji dengan
Allah kamu akan mengenakan hijab secara jujur dan betul... Aku meminta
kamu berjanji kepada Allah bahawa kamu akan mengambil peduli tentang
agama dan Nabi kalian yang mulia... Jadikanlah ibunda kamu,, Saidatina
Khadijah dan Aisyah sebagai teladan... Jadikan mereka sebagai pelita
hidup kamu... Haram hukumnya bagi kamu untuk melakukan sesuatu yang
boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian...
Kepada semua,, aku ingin kamu bersiap sedia untuk menghadapi segala
sesuatu yang akan datang... Bersiaplah dengan agama dan ilmu
pengetahuan... Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah... Belajarlah
bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat... Latihlah diri kalian agar
dapat dapat hidup dalam apa jua keadaan samada susah atau senang...
Samada menggunakan alatan eletronik atau tidak... Latihlah diri
kalian... latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan
yang sukar...
Biasakan diri kamu agar dapat melindungi diri
dan membuat perancangan untuk masa depan...Berpeganglah kepada agama
kamu... Carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada Allah..."
Begitulah pesanan dan amanah daripada As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin....
Beliau berpesan kepada semua umat Islam terutamanya kepada PEMUDA dan
PEMUDI... Inilah harapan beliau dalam membina modal insan yang
cemerlang....
Rindu Lelaki Soleh...
Rindu Lelaki Bertakwa...
Rindu Pejuang Keberanian...
Rindu Pemberani...
Rindu Pembela...
Rindu Pemimpin Adil...
Rindunya hanyalah Rindukan Syurga...
Comments
Post a Comment