SIFAT RAJIN

Peringatan Rasulullah SAW bermaksud, “Hampir-hampir kefakiran itu membawa kekufuran.” (Riwayat Muslim). Dari aspek pekerjaan pula, masyarakat yang malas menjadi mundur dan negara tidak berjaya untuk dibangunkan menjadi negara maju. Lantaran Allah SWT berfirman agar selepas selesai melakukan kerja, maka ikutilah ia dengan kerja lain. 


Rasulullah SAW adalah contoh terbaik dalam mempamerkan nilai kerajinan holistik. Meliputi rajin beribadat, rajin bekerja dan rajin membantu masyarakat. Rasulullah SAW bersabda “Tiada seseorang yang lebih baik daripada mereka yang memakan makanan hasil usaha tangannya sendiri.” (Riwayat al-Bukhari) 


Rasulullah SAW juga mengajar sahabat untuk membaca doa bagi mengelakkan diri daripada malas iaitu “Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesedihan dan kesusahan, perasaan lemah dan malas, sikap bakhil dan penakut, hutang yang mengganggu fikiran dan orang yang menindasku.” (Riwayat al-Bukhari). 
Saidina Umar Al-Khattab juga menganjurkan masyarakatnya untuk menjaga maruah diri melalui kerajinan. 
Katanya, “Kalau aku melihat seorang pemuda tanpa pekerjaan, jatuhlah dia daripada pandangan mataku.” 
Justeru, kerajinan boleh memberikan gambaran baik dan buruk sesuatu bangsa.

Comments

Popular posts from this blog

MARI BELAJAR BAHASA ARAB TEMA 2 (KELUARGA) الأُسْرَةُ

CONTOH TEKS KHUTBAH / UCAPAN BAHASA ARAB الخطابة اللغة العربية

CONTOH TEKS KALAM JAMAIE BAHASA ARAB كلام جماعي اللغة العربية