Belajar Adab Adab Sunnah Rasulullah saw



Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

'Sesungguhnya telah dihadapkan kepadaku sebuah negeri yang banyak pohon kurmanya, yaitu Yatsrib (Madinah).

Hai Abu Dzar apakah kamu bersedia untuk menyampaikan ajaranku kepada kaummu? Semoga Allah memberikan manfaat kepada kaummu melalui usahamu dan memberimu pahala kerana penyampaian dakwahmu kepada mereka.'

Setelah itu, Abu Dzar mendatangi Unais. Lalu Unais bertanya kepadanya; 'Apa yang telah kamu lakukan di sana hai Abu Dzar? ' Abu Dzar menjawab; 'Aku telah masuk Islam dan beriman kepada ajaran Muhammad hai Unais.' Unais berkata; 'Sebenarnya saya juga tidak membenci ajaran agama itu. Dan ketahuilah, sesungguhnya saya telah masuk Islam dan beriman kepada Allah.'

Kemudian kami mendatangi ibu kami. Lalu ia berkata; 'Sungguh aku menyukai agama kalian. Oleh kerana itu, aku pun ingin masuk Islam dan beriman kepada Allah.'

Selanjutnya kami pulang ke kampung halaman suku kami, suku Ghifar. Di sana kami menyampaikan dakwah Islamiyah kepada penduduk suku kami hingga separuh dari mereka masuk ke dalam agama Islam. Pemimpin mereka adalah Aima bin Rahadhah Al Ghifari.

Sementara itu, separuh dari suku Ghifar berkata; 'Apabila Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah tiba di Madinah, maka kami baru akan masuk Islam.' Ketika Rasulullah tiba di Madinah, maka separuh dari mereka akhirnya masuk ke dalam agama Islam. Tak lama kemudian suku Aslam masuk Islam seraya berkata; 'Ya Rasulullah, saudara-saudara kami dari suku Ghifar telah masuk Islam. Oleh kerana itu, maka kami pun ingin masuk Islam.

Mendengar pernyataan itu Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: 'Semoga Allah mengampuni suku Ghifar dan memberikan keselamatan dan kedamaian kepada suku Aslam.'

(Shahih Muslim 4520)

begitulah sahabat pada zaman dahulu, ketika mendapatkan suatu kebaikan(masuk islam) langsung menda'wahkan (menyampaikannya)...

semoga kita boleh mencontohi kehidupan para sahabat terdahulu...

__________________________

• MARI JADI ORANG BAIK •

• JAGA IMAN - JAGA SHALAT - JAGA AKHLAQ - TUTUPLAH AURAT •

• follow twitter @QURANdanSUNNAH

Comments

Popular posts from this blog

MARI BELAJAR BAHASA ARAB TEMA 2 (KELUARGA) الأُسْرَةُ

CONTOH TEKS KHUTBAH / UCAPAN BAHASA ARAB الخطابة اللغة العربية

CONTOH TEKS KALAM JAMAIE BAHASA ARAB كلام جماعي اللغة العربية