Posts

Showing posts from February, 2012

SIFAT RAJIN

Peringatan Rasulullah SAW bermaksud, “Hampir-hampir kefakiran itu membawa kekufuran.” (Riwayat Muslim). Dari aspek pekerjaan pula, masyarakat yang malas menjadi mundur dan negara tidak berjaya untuk dibangunkan menjadi negara maju. Lantaran Allah SWT berfirman agar selepas selesai melakukan kerja, maka ikutilah ia dengan kerja lain.  Rasulullah SAW adalah contoh terbaik dalam mempamerkan nilai kerajinan holistik. Meliputi rajin beribadat, rajin bekerja dan rajin membantu masyarakat. Rasulullah SAW bersabda “Tiada seseorang yang lebih baik daripada mereka yang memakan makanan hasil usaha tangannya sendiri.” (Riwayat al-Bukhari)  Rasulullah SAW juga mengajar sahabat untuk membaca doa bagi mengelakkan diri daripada malas iaitu “Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesedihan dan kesusahan, perasaan lemah dan malas, sikap bakhil dan penakut, hutang yang mengganggu fikiran dan orang yang menindasku.” (Riwayat al-Bukhari).  Saidina Umar Al-Khattab juga menganjurkan masy

SOLAT

Assalamualaikum, insyallah hari ini ana nak kongsi serba sedikit tentang solat.            Dalam Bahasa Arab, solat (sembahyang) digunakan dengan makna berdoa untuk kebaikan.                    Firman Allah s.w.t. : Maksudnya : Dan berdoalah untuk mereka, sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. (At-Taubah : 103)            Dari segi istilah fuqahak, ia adalah satu kalimah yang digunakan dengan makna : Perkataan-perkataan  dan perbuatan-perbuatan yang dimulai dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam. Ia dinamakan sebagai solat kerana ia mengandungi pengertian kalimah tersebut dan doa merupakan sebahagian besar perkara yang terdapat dalam sembahyang. oleh itu, apa yang dapat ana simpulkan ialah kalimah yang menunjukkan sebahagian kandungannya digunakan untuk menggambarkan perkara yang menyeluruh.