Posts

Showing posts from January, 2012

JENIS-JENIS ZINA

بسم الله الرحمن الرحيم A hamdulillah, hari ini ana ingin berkongsi sedikit maklumat mengenai zina.  Zina ialah  persetubuhan yang dilakukan oleh seseorang lelaki dengan seorang perempuan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara' (bukan pasangan suami isteri) dan kedua-duanya orang mukallaf, dan persetubuhan itu tidak termasuk tarif ''Wati Syubhat'' (persetubuhan yang meragukan).       2. Zina terbahagi kepada dua jenis :-    i) Zina Muhsan iaitu lelaki atau perempuan yang telah pernah melakukan persetubuhan           yang halal (sudah pernah berkahwin) - Kifayah al-Akhyaar 2/178.   ii) Zina ghairu muhsan, iaitu lelaki perempuan yang belum pernah melkaukan persetubuhan yang halal (belum pernah berkahwin) - Kifayah al-Akhyaar 2/178.       3. Bahagian-bahagian zina : “ ZINA MATA “   apabila mata itu digunakan untuk melihat sesuatu yang diharamkan oleh Allah Ta’ala . Contohnya : Melihat auirat orang lain .   “ ZINA TELINGA “   apabila telinga itu digun

Hadith 19

Melihat Allah Dari Abu Dzar r.a katanya:Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w:Adakah anda melihat Allah? Jawab baginda:Dia Maha Cahaya, bagaimana aku dapat melihatnya?

ADAB-ADAB QIYAMULLAIL

ADAB-ADAB QIYAMULLAIL · Berniat sebelum tidur untuk Qiyamullail “Barangsiapa yang tidur sedang dia berniat akan bangun untuk bersolat di malam hari, tetapi dia terus tertidur hingga pagi, ditulis baginya apa yang telah diniatkannya dan tidurnya itu merupakan rahmat Allah kepadanya” H.R. An-Nasai dan Ibn-Majah Sanad Sahih daripada Abu Darda’ R.A. · Tidur mengikut adab-adab yang digariskan · Berdoa, bersuci, bersugi, berwudu’ dan memakai pakaian bersih setelah bangun daripada tidur · Keluar dan memandang ke langit lalu berdoa(rujuk buku panduan qiamullail) dan membaca sepuluh ayat terakhir surah Ali-Imran · Memulakan solat malam dengan solat dua rakaat yang ringan, selepas itu solatlah seberapa banyak yang disukai · Membangunkan dan mengajak ahli keluarga dan rakan-rakan turut serta berqiyamullail “Apabila seseorang membangunkan isterinya di malam hari lalu kedua-duanya bersolat/bersolat dua rakaat bersama-sama, ditulislah baginya dalam golongan orang-orang yang mengi

Kelebihan Qiamullail

KELEBIHAN QIAMULLAIL · Dimakbulkan doanya dan masin perkataan. · Tenang hati dan fikirannya · Dimurahkan rezeki · Dihormati masyarakat · Dilindungi Allah daripada khianat manusia. · Jika dia pemimpin ,dia akan disegani · Dan banyak lagi (Perlu difahami bahawa segala kelebihan adalah nikmat Allah bergantung kepada rahmat Allah . Allah berhak mengurniakan apa sahaja yang dikehendakiNya)

Hikmah Qiyamullail

HIKMAH QIYAMULLAIL · Meningkatkan keimanan individu · Meninggikan darjat disisi Allah · Dapat beribadah dengan lebih khusyuk · Mendidik jiwa bersyukur dengan nikmat kesihatan dan nikmat waktu malam yang tenang · Melatih diri menjadi insan bertakwa · Melatih diri menperbanyakkan amalan sunat · Mendidik jiwa melawan nafsu dan syaitan · Menyedari bahawa manusia dicipta untuk beribadah · Melatih diri mengharap keredhaan Allah · Memberi ketenangan jiwa (emosi) · Memberi kesihatan (fizikal) · Menajamkan akal fikiran · Meneguhkan kekuatan rohani · Menambahkan rasa kekerdilan di sisi Allah dan bertawakkal kepadaNya. · Melatih diri bersikap khauf(takut) dan roja’(berharap) kepada Allah . · Dan lain –lain lagi hikmah ganjaran Allah untuk hamba-hamba ikhlas dan istiqamah Bersambung.....

hadith 18

Kasih Kepada Rasulullah Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:Didiklah anak-anak kamu atas tiga sifat iaitu: cintakan nabi mereka, cintakan keluarga Nabi dan membaca al-Quran.

hadith 17

Bantuan Allah S.W.T Dari Abdullah bin Abu Aufa r.a katanya, rasulullah s.a.w di hari perang Ahzab mengucapkan:Ya Allah, yang menurunkan kitab dan cepat membuat perhitungan! Kalahkanlah kaum Ahzab dan goncangkanlah pendirian mereka.

hadith 16

Hijrah Rasulullah saw. Bersama Abu Bakar Dari Aisyah r.a katanya: Sungguh sedikit waktu (kesuntukan waktu) bagi nabi saw. pada hari-hari itu, namun amat perlu sekali bagi baginda datang juga ke rumah Abu Bakar pagi atau petang. Maka ketika telah diizinkan bagi baginda untuk pergi (hijrah) ke Madinah, kami tidak pernah terkejut melainkan ketika baginda datang ke rumah kami waktu Zohor, lalu kedatangan baginda itu dimaklumkan kepada Abu Bakar. Berkata Abu Bakar,:Nabi saw. tidak akan datang pada waktu ini melainkan kerana ada urusan yang sangat penting. Ketika Nabi saw. masuk ke tempat Abu Bakar, baginda bersabda kepadanya. Suruhlah orang yang ada di sekelilingmu keluar. Berkata Abu Bakar:Ya Rasulullah! Hanya ada dua orang anakku, ˜Aisyah dan ˜Asma'. Sabda Nabi saw. Tahukah engkau bahawa sesungguhnya aku telah diberi izin untuk keluar (hijrah)? Berkata Abu Bakar,:Anda perlu teman, ya Rasulullah! Sabda Baginda,:Ya, kawan. Berkata Abu Bakar,:Ya Rasulullah! Aku mempunyai d

hadith 15

Perkara Yang Mengeratkan Persahabatan Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.

hadith 14

Hikmah Kewajipan Membayar Zakat Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:Sesungguhnya Allah telah memfardhukan zakat sebagai pembersihan terhadap harta.

hadith 13

Minta Izin Suami Untuk ke Masjid Musaddad menyampaikan kepada kami (katanya), daripada Yazid bin Zari', daripada Ma'mar, daripada az-Zuhri, daripada Salim bin Abdullah, daripada bapanya, daripada nabi s.a.w bersabda baginda:Apabila isteri seorang kamu meminta izin (ke masjid) maka janganlah ia menegahnya.

hadith 12

Mendahulukan Yang Kanan Dari Aisyah r.a katanya:Rasulullah SAW lebih suka mandahulukan yang kanan dalam segala keadaan (perbuatan) seperti memakai terompah, bersikat, berwudhuk dan mandi.

hadith 11

Sabar Daripada Abu Malik al-Harith bin A`sim al-Asya`ri r.a , katanya, telah bersabda rasul s.a.w , kesucian zahir dan batin sebahagian daripada iman, ucapan alhamdulillah memenuhi neraca, subhanallah serta alhamdulillah memenuhi neraca, subhanallah serta alhamdulillah keduanya memenuhi apa yang ada di antara langit dan bumi, sembahyang sebagai cahaya, sedekah pula bukti iman, sabar itu sebagai sinaran, al-Quran itu sebagai bukti untukmu atau atasmu dan setiap manusia dipagi lagi ada yang menjual dirinya ( memelihara diri daripada siksaan Allah) dan ada juga yang membinasakan dirinya sendiri ( tidak ingin keredaan Allah)

hadith 10

Kerasulan Nabi Muhammad s.a.w Rasulullah s.a.w bersabda: " Demi Tuhan yang diri Muhammad dalam kekuasaan-Nya! Tidak ada seseorang pun dari umat manusia ini sama ada Yahudi atau Nasrani yang mendengar akan perihalku ( menjadi utusan Allah ) kemudian ia mati sedang ia tidak beriman dengan ( agama Islam ) yang aku diutuskan membawanya melainkan menjadilah ia dari ahli neraka."

hadith 9

Kesabaran Rasulullah SAW Dalam Berdakwah Jundub Ibn Sufyan r.a menerangkan:Bahawasanya Rasulullah SAW pada suatu hari berada di dalam sebuah peperangan sedangkan anak jari baginda sudah berdarah. Maka berkatalah Rasulullah SAW :Engkau hai anak jari tiada lain melainkan anak jari yang telah berdarah dan di jalan Allah apa yang telah engkau deritai.

hadith 8

Bersedekah Membawa Keberkatan Dan Kemuliaan Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud: Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya.

hadith 7

Doa Yang Tidak Diperkenankan Dari Abu Hurairah r.a katanya,:Rasulullah SAW bersabda:Hai manusia! Sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin seperti yang diperintahkan-Nya kepada para Rasul. Firman-Nya: Wahai para rasul, Makanlah makanan yang baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (al-Mukminun:51) Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepadamu...(al-Baqarah:172) Kemudian Nabi SAW menceritakan tentang seorang lelaki yang telah lama berjalan kerana jauhnya perjalanan yang ditempuhnya sehingga rambutnya kusut masai dan berdebu. Orang itu menadah tangannya ke langit dan berdoa:Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! . Padahal makanannya dari barang yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan dia diasuh dengan makanan yang haram. Maka bagaimanakah Alla

hadith 6

  Jangan salah asuhan Dari Abdullah bin ˜Amr bin ˜Ash, katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w. berkata: Dari pada dosa-dosa yang berat; seseorang memaki ibu bapanya. Bertanya orang yang hadir kepada beliau; Ya Rasulullah s.a.w. adakah orang yang memaki ibu bapanya? Jawab beliau: Ya, dia memaki-maki bapa orang lain, orang itu memaki bapanya pula, dan dia memaki ibu orang lain, orang itu memaki ibunya pula.

hadith 5

Menjadi Tanggungan Dari Abu Hurairah r.a, dari nabi SAW sabdanya yang bermaksud:Orang-orang yang berusaha mencari nafkah untuk perempuan-perempuan yang tidak (belum) bersuami dan untuk orang-orang miskin, sama dengan orang-orang yang berjuang fi sabilillah.

hadith 4

Dengki Dan Irihati Biarlah Pada Tempatnya Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain

hadith 3

Islam Melarang Umatnya Memohon Untuk Mati Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: Janganlah ada diantara kamu yang bercita-cita hendak mati. Sekiranya ia seorang yang baik mudah mudahan ia dapat menambahkan lagi kebaikan, dan sekiranya ia seorang yang jahat mudah mudahan ia dapat bertaubat kepada Allah