JENIS-JENIS ZINA


بسم الله الرحمن الرحيم
  1. Ahamdulillah, hari ini ana ingin berkongsi sedikit maklumat mengenai zina. Zina ialah persetubuhan yang dilakukan oleh seseorang lelaki dengan seorang perempuan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara' (bukan pasangan suami isteri) dan kedua-duanya orang mukallaf, dan persetubuhan itu tidak termasuk tarif ''Wati Syubhat'' (persetubuhan yang meragukan). 

    2. Zina terbahagi kepada dua jenis :- 

 i) Zina Muhsan iaitu lelaki atau perempuan yang telah pernah melakukan persetubuhan           yang halal (sudah pernah berkahwin) - Kifayah al-Akhyaar 2/178. 

ii) Zina ghairu muhsan, iaitu lelaki perempuan yang belum pernah melkaukan persetubuhan yang halal (belum pernah berkahwin) - Kifayah al-Akhyaar 2/178. 


    3. Bahagian-bahagian zina :

“ ZINA MATA “ apabila mata itu digunakan untuk melihat sesuatu yang diharamkan oleh Allah Ta’ala . Contohnya : Melihat auirat orang lain . 

“ ZINA TELINGA “ apabila telinga itu digunakan untuk mendengar sesuatu yang diharamkan oleh Allah Ta’ala , contohnya : Mendengar lagu-lagu yang bertentangan dengan Islam . Mendengar umpatan dan carutan . 

“ ZINA HIDUNG “ apabila hidung itu digunakan untuk mencium sesuatu yang diharamkan oleh Allah Ta’ala , contohnya “ Sengaja mencium bau wangi daripada wanita yang tidak halal untuk kita . 

“ ZINA MULUT “ apabila mulut itu digunakan pada perkara yang tidak dibenarkan oleh Allah Ta’ala , contohnya : “ Menikmati makanan dan minuman yang dilarang “ .

“ ZINA TANGAN “ , apabila tangan digunakan untuk perbuatan maksiat ( menderhakai Allah Ta’ala ) .Contohnya : “ Tikam “ nombor ekor ataupun meraba .

“ ZINA KAKI “ , apabila digunakan untuk maksiat ( menderhakai Allah Ta’ala ) , contohnya : “ Melangkah masuk ke pusat-pusat maksiat dengan niat untuk berbuat maksiat “ . 


Comments

Popular posts from this blog

MARI BELAJAR BAHASA ARAB TEMA 2 (KELUARGA) الأُسْرَةُ

CONTOH TEKS KHUTBAH / UCAPAN BAHASA ARAB الخطابة اللغة العربية

CONTOH TEKS KALAM JAMAIE BAHASA ARAB كلام جماعي اللغة العربية