Posts

Showing posts from March, 2012

CIRI-CIRI TEMAN

TEMAN YANG JAHAT. Menurut Syeikh an-Nahlawy dalam kitabnya ad-Durar al-Mubahah; teman yang jahat ialah; 1. Yang menjatuhkan kamu ke lembah maksiat dan larangan-larangan Allah. 2. Melalaikan kamu dari mengingati Allah 3. Mendorong kamu untuk menyanggahi Syari’at melalui ucapan dan keadaan dirinya. 4. Menggalakkan kamu supaya melakukan kerosakan dengan amalan-amalan buruknya. (ad-Durar al-Mubahah, Bab al-Khamis; Fi al-Akhlaq) Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan ugama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan – dari orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu: menjadi penolong-penolong; dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman. (Al-Maidah : ayat 57) Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan teman rapat mana-mana kaum yang dimurkai Allah, mereka telah berputus asa daripada mendapat kebaikan akhirat, sebagaimana berputus asanya orang-orang kafir yang ada di dal